27 Disember 2010

Terapi Solat

Written by sknar


KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.


Sumber: Institut-al-Qayyim

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW




KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH


DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH


Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!

Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Utk Renungan Bersama.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,
burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah
dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada
dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku.
Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak
orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang
tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar
adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas
panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah
datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"
keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai
menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali
dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan
goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat
yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih
tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan
keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi
alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru
mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani
ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah
menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah
bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah,
dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan
pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun
menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi
Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril,
jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan
suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat
telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, "
kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya
masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya
Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan
khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad
telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan
tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit
sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali
yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,
melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian
terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis
shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah
orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di
wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah
yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku,
umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad
wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

Duduk Iftirash ketika solat = reflexology



Assalamualaikum,
Nak kongsi bersama kebaikan duduk iftirash ni... kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambar rajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!
Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...



iftirash
Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
Aku melihat Nabi Muhammad saw.. Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..
Hadith shohih riwayat Bukhri.
Pengajaran hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.


2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)


3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT


4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga bermanfaat,

Wassalam.

TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL..

" Tanda 100 hari menjelang meninggal "

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sadari oleh mereka yang dikehendakinya. ..... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak..... Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ashar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.... .. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan keha! diran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat..
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


" Tanda 40 hari "

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut
pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok
yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan
mengambil daun tersebut dan mulai membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti
kita sepanjang masa ...
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika...



Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. .......


" Tanda 7 hari "

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesaktian
dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera
untuk makan...


" Tanda 3 hari "

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini
dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan
Beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...


" Tanda 1 hari "

Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan
ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu ahsar keesokan harinya....


" Tanda akhir "

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian
pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat
SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut
untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...


SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK

10 ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN danTIDAK MINUM, TIDAK DUDUK danTIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil.. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ...

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Oohhh Muhammad.....

GOLDZHIHER, seorang orientalis terkenal menyatakan: "Tidaklah menghairankan jika Muhammad menjadi seorang Nabi, kerana Isa dan Musa juga nabi. Sesungguhnya yang menghairankan adalah beliau menetap selama 40 tahun di Makkah tanpa belajar sama sekali di sekolah atau berguru dengan seorang guru. Kemudian setelah 40 tahun, beliau tiba-tiba berubah menjadi seorang pemberi fatwa terhebat, pensyarah ternama di mimbarnya, orang yang paling petah bercakap, pemimpin serta pendidik teragung di dunia ini. Inilah yang paling menghairankan mengenai Muhammad.

Setiap bangsa pasti memiliki tokoh dipuji dan menjadi inspirasi bagi generasi selepasnya. Kesan peninggalan mereka menjadi sumbangan yang amat bererti untuk kemajuan bangsa dan negara.

Kisah hidup mereka dibukukan, idea dijadikan panduan dan kekentalan semangat mereka menjadi obor optimisme yang sentiasa membakar jiwa generasi baru. Umat Islam di seluruh dunia yang lahir daripada pelbagai etnik budaya dan bangsa sepakat untuk mempunyai seorang yang teragung untuk diikuti. Beliau adalah rasul yang amat dicintai, Muhammad SAW.

Tidak ada seorang manusia pun di bumi ini apabila kita menyebut namanya, mampu melonjakkan revolusi kemanusiaan. Kita berubah menjadi manusia yang bersemangat maju untuk mentadbir alam ini dengan jawatan sebagai Khalifatullah fil Ard. Inilah cetusan himbauan seorang politikus paling ulung, pentadbir negara dan pemimpin seluruh umat di dunia, Muhammad SAW.

Begitulah rahsianya mengapa kita disuruh untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Selawat umpama suntikan yang mengandungi kekuatan cinta dan rindu yang mengusik jiwa. Ia mencerahkan wajah, mengukuhkan hentakan kaki dan tangan. ia juga menajamkan akal fikiran dan merubah hidup anda menjadi tertumpu pada perjuangan. Untuk umat, bangsa dan negara!

Selawat adalah bisikan kasih yang mengikrarkan janji manis untuk menjadi setia, reda dan taat. Bukan sekadar hiasan pada bibir, pemanis mulut dan menunjuk riak pada sesama hamba.

Untuk apa selawat jika kenangan kita pada Rasulullah SAW hanya sekadar mengharap pahala yang sepuluh! Sedangkan pada masa sama kita melupakan cita-cita Baginda. Kita meninggalkan perjuangan sunnahnya, membiarkan umat ini mati jiwa dan minda. Sibuk memecah belah perpaduan, suka menyalahkan golongan lain dan hanya memuji golongannya sendiri.

Natijahnya, hilanglah kekuatan umat yang selama ini disatukan oleh rasul-Nya SAW. Jika Baginda masih hidup, pasti berasa amat sedih melihat keadaan seperti ini. Untuk apa selawat itu, padahal di hati rasul-Nya dilanda kesedihan.

Pujilah Rasulullah SAW dengan berselawat kepadanya. Tetapi, berselawatlah dengan nurani yang suci, pemikiran dan idea yang berisi inspirasi. Gerakan yang terfokus pada amal yang soleh dan perjuangan membangunkan umat. Panduan kita adalah sabda Baginda yang maksudnya: "Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku dia bukan termasuk golonganku." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Setiap Muslim yang berazam ingin meneruskan perjuangan Nabi SAW kadang-kadang berasa patah semangat dengan ujian yang menjadi rintangannya. Ada juga yang api semangatnya terlalu berkobar-kobar hingga membakar diri sendiri. Sebahagian yang lain mencuba untuk melakukannya secara berkumpulan. Akhirnya, pengorbanan mereka menjadi agenda terselubung untuk kepentingan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Gerakan dakwah yang dilakukan terpesong menjadi usaha untuk mencari nama, mengejar populariti dan memperbanyak pengikut yang mahu dicucuk hidungnya sesuka hati. Begitu juga ia digunakan untuk menebarkan fanatisme golongan tertentu, yang akhirnya bersikap menyalahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan dalam tubuh umat. Itu semua adalah fenomena biasa dilihat dalam kehidupan pejuang dakwah.

Jika kita bersikap terbuka dengan pendapat orang lain dan melapangkan hati untuk memikirkan apakah kesilapannya, mungkin idea yang lebih jitu dan perancangan yang lebih teliti dapat dilakukan

Perjuangan Rasulullah SAW bermula dari dalam rumah Baginda. Isteri yang dikasihi adalah objek dakwah pertama, kemudian anak-anak dan ahli keluarga terdekat. Bagaimana dengan isteri dan anak kita? Sudahkah mereka mendirikan solat, berakhlak mulia dan taat setia kepada Allah dan rasul-Nya?

Kemudian Rasulullah SAW mengumpulkan kekuatan yang berada pada diri sahabatnya. Pada diri Abu Bakar kita belajar bahawa dakwah akan menang dengan kekuatan harta. Kekayaan pada tangan seorang yang beriman menjadi faktor penolong untuk agama Allah.

Untuk itu umat Islam mesti keluar daripada paras kemiskinan supaya tidak terbelenggu dengan kezaliman penjajah. Ekonomi kita boleh dijajah, anak bangsa diperbodoh, hasil bumi dan kekayaan negara menjadi rebutan musuh-musuhnya. Relakah kita mengalami kejadian yang sama seperti saudara kita yang dijajah? Oleh itu, berjuanglah seperti apa yang diperjuangankan oleh Abu Bakar al-Siddiq.

Dalam peribadi Umar al-Khattab kita belajar bahawa dakwah akan menang dengan ketokohan dan populariti yang karismatik supaya Islam dihormati kerana potensi unggul yang ada pada diri umatnya.

Jadilah orang yang bertanggungjawab di rumah, pejabat, jalan raya, pasar, sekolah, ladang dan kilang. Juga di mana saja kita berada, menyumbanglah untuk Islam, bangsa dan negara.

Sudahkah bangsa kita maju dengan potensi ilmu dan teknologi yang mampu menggerunkan bangsa lain? Sesungguhnya dalam diri Umar, murid dan pengikut setia Rasulullah SAW ada kekuatan yang cukup menggerunkan lawannya. Bagaimana dengan kita?

Begitu agungnya perjuangan yang dibentangkan Rasulullah SAW di hadapan sahabatnya. Inilah jalanku, sesiapa yang mengikuti sunnah perjuanganku akan bersamaku di syurga.

Mereka saling bersaing untuk memberi sumbangan kepada Allah dan rasul-Nya. Dengan harta, ilmu, kekuatan fizikal, bahkan menyerahkan jiwa pun mereka sanggup melakukannya demi cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Begitulah kekuatan selawat yang melahirkan gerakan untuk mengikuti perjuangan Nabi SAW.




Ambillah waktu untuk berfikir..itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain..itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa..itu adalah sumber ketenangan.
Ambillahwaktu untuk belajar..itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai..itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat..itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa..itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi..itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja..itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal..itu adalah kunci menuju syurga.

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :


Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.


1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.


2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.


3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).


Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

1 januari Jangan Disambut!!!!!

Ayat 120, surah Al Baqarah,Bermaksud:-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya,haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka???

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan "Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai ".... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan." Nauzubillah .... Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasukdalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD. Nauzubillah...

26 Disember 2010

Biodata Rasulullah SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW

 Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
 Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka 'abah)
 Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
 Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
 Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
 Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
 Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.



USIA 8 TAHUN

 Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
 Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN

 (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
 Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
 Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
 Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

 Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
 Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
 Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
 Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
 Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
 Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
 Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.





USIA 53 TAHUN
 Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
 Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
 Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam ' ah
3. ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah
5. Al- ' Abbas
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah
14. Arwa
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam)
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

Surat Terbuka dari Iblis!!


Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah,tidak
berselawat,tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana waktu
tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca
Al-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.
Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagus
sekali!Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang
budiman.Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan
tidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam yang
berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh
datang menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah
sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mangambil wudu'.Ini bagus sekali kerana
angkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bil rumahmu.Aku
lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan.Ini
bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang,engkau
tidak pernah menyebut alhamdulillah.Ini bagus juga.Cukuplah engkau sendawa
kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.Engkau menghalau dia
suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air.Ini
sangat bagus dan terpuji,kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak
membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah
kepadamu.Engkau seorang yang berjimat cermat.Biarlah rezeki engkau untuk
kegunaan engkau seorang,untuk menonton wayang,berholiday di Genting dan
membeli kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,engkau tidak
mengucapkan Assalamualaikum.Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'.Ini bagus
juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang
kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris.Tidak perlu engkau belajar
membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.Engkau telah
membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah tentu engkau
adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

duhai manusia,
Apabila engkau berpuasa,telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakar
seluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihat
hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu
malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas
kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya.Namun,aku
tetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjadi
temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang
sia-sia,mengumpat,tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuh
badanku yang terbelenggu telah segar kembali.Cukuplah NAFSU manusia sendiri
menjadi penyambung tugasku disepanjang bulan yang dirahmati ini.Di akhirat
nanti,engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tangan
menuju NERAKA JAHANAM.......

sahabatmu yang tercinta,
IBLIS LAKNATULLAH

13 April 2010

Laporan Seminar Antarabangsa Dakwah Dan Multi Etnik. Disediakan oleh: Saifuddin bin Oyot ( 0715053 )

Alhamdulillah..saya telah pun selamat menghadiri seminar ini dengan jayanya. Seminar ini bertempat di bilik senat dan majlis universiti kebangsaan malaysia. Sepanjang seminar ini berlangsung, saya telah mendapat banyak input dan output yang berguna dan insyallah boleh digunakan dalam hidup saya dan seluruh umat islam. Seminar ini bertemakan “Islam dan Multi Etnik ke arah Keharmonian Negara. Seminar yang berlangsung selama dua hari bertarikh 22-23 Disember 2009. Seminar kali ini juga telah menjemput ahli-ahli akademik dalam dan luar negeri yang mana saya difahamkan ada yang berasal daripada Indonesia dan sudan. Mereka membentangkan kertas kerja yang mana tajuk-tajuk yang diberikan memang releven dan sesuai kepada semua lapisan masyarakat. Pada 22-12-2009 jam 10pagi bertempat di bilik majlis, saya tertarik dengan tajuk yang dibentangkan oleh saudara Mohd Idzhar Arif iaitu konsep dakwah dalam program sosialisasi belia. Dalam pembentangan ini beliau menekankan cara berdakwah kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Beliau dan beberapa lagi rakannya sedang menunggu keputusan daripada pihak PLKN bagi meluluskan resolusi yang mereka cadangkan bagi menyamakan ataupun mengaris panduankan undang-undang dalam PLKN tersebut. Bak kata pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan saya bersetuju dengan tindakan mereka agar program latihan khidmat negara ini menjadi satu saluran bagi menyalurkan dakwah islamiyah. Pada sebelah petangnya pula, satu lagi pembentangan kertas kerja daripada pensyarah jabatan pengajian dakwah dan kepimpinan, fakulti pengajian islam ukm iaitu saudara Zikmal bin fuad yang berasal daripada Indonesia. Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk Metodologi Dakwah Shaykh Abdul Wahab Rokan Di kalangan masyarakat Bersilam Langkat. Tajuk ini membincangkan seorang tokoh yang terkemuka di Indonesia pada ketika itu. Tokoh ini menyebarkan dakwahnya dengan membina masjid seperti mana yang dilakukan oleh junjungan besar kita iaitu Nabi muhammad s.a.w. Tokoh ini membina maahad sendiri dan menggunakan metode lisan (ceramah dan diskusi), kitab (mengarang dan menggunakan kitab) dan bil-hal (gotong royong dan ziarah) dalam menyebarkan dakwah islamiyah.tokoh ini berguru dengan tuan baki iaitu seorang ulama nusantara pada ketika itu. Dan selepas itu program itu ditangguhkan dan disambung keesokkan harinya. Pada 23-12-2009 jam10 pagi bertempat dibilik majlis berlangsung pembentangan kertas kerja oleh saudari Amilia bin Razak daripada pusat pengajian ilmu kemanusian, universiti sains malaysia yang bertajuk konsep toleransi dalam islam : Tinjauan perspektif politik,ekonomi dan sosial dalam masyarakat multi etnik malaysia. Saudari amilia menekankan sikap toleransi ini perlulah diamalkan di sesebuah negara yang mana rakyatnya berbilang kaum. Tokoh ulama islam seperti Ibnu khaldun berpendapat bahawa sikap toleransi ini perlu diamalakn menerusi kehidupan manusia dalam sesebuah negara dan masyarakat. Jam 2petang bertempat di bilik majlis juga terdapat satu lagi pembentangan kertas kerja yang tidak kurang juga hebatnya yg dibentangkan oleh saudara Zulkifli bin Hussin yang bertajuk pengajaran pendidikan moral sebagai medium dakwah kepada non-muslim. Tajuk ini mengupas tentang pengelibatan pelajar pelajar non-muslim sewaktu matapelajaran pendidikan islam. Pelajar non-muslim akan diasingkan daripada kelas tersebut. Dan pembentang juga pernah mengajak pelajar non-muslim untuk duduk dalam kelas tersebut. Saya bersetuju dengan tindakan beliau yang mana cara tersebut boleh dijadikan satu daripada medium dakwah. Sebenarnya seminar ini terdapat pelbagai tajuk yang telah dibentangkan dan tajuk yang saya bawa disini adalah sebahagian sahaja. Diakhir seminar, tuan rumah iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia menyampaikan cindra kenangan buat pembentang sebagai penghargaan. Sepanjang seminar ini saya dapat mengetahui pelbagai ilmu baru. Sekian...waullahu a'lam.

PERLAKUAN YANG MENYEBABKAN TIDAK SEMPURNA SOLAT

Terdapat ramai antara kita memerlukan beberapa perlakuan yang mengurangkan kesempurnaan solat dan kadang kala bolah membatalkan solat.Terutamanya meninggalkan perkara-perkara sunat antaranya:-
1. Ragu-ragu mengenakan niat (berulang-ulang beberapa kali)
2. Tidak sempurna mengangkat tangan semasa takbiratul ihram.
3. Berdiri dalam keadaan kaki tidak lurus ke hadapan.
4. Melakukan pergerakan yang banyak di badan seperti menggaru-garu, mengoyang-goyang badan atau anggota badan dan mengoyang-goyangkan tangan semasa i’ktidal.
5. Bacaan Fatihah tidak sempurna berlaku kesalahan meyebut huruf, salah tajwid dan lain-lain. Begitu juga dengan bacaan-bacaan lain seperti surah (ayat-ayat al-Quran) dan bacaan-bacaan lain.
6. Rukun tidak sempurna.
7. Tidak mengangkat tangan semasa hendak Rukuk dan I’tidal atau kurang sempurna.
8. Solat bergopoh-gapah tiada toma’ninah atau kurang sempurna toma’ninah..
9. Sujud tidak sempurna.
10. Duduk antara dua sujud tidak sempurna.
11. Tiada duduk Istirahah semasa lepas sujud untuk bangun pada rakaat kedua dan keempat.
12. Tidak mengat tangan semasa bangun untuk rakaat ketiga selepas tasyahud awal.
13. Duduk Tahiyat Akhir tidak sempurna.
14. Salam semasa sembahyang berjemaah tidak mengikut aturan.
15. Bacaan mengganggu jemaah lain.
16. Hala pandangan semasa sembahyang tidak betul.
Dan lain-lain perkara yang sering berlaku semasa solat, seolah-olah telah menjadi kebiasaan (tabiat) apabila seseorang itu bersolat tetapi tidak terjaadi di luar solat, seperti tiba-tiba sahaja suka menggaru-garu, batuk-batuk, berdehem, menguyangkan kepala dan lain-lain.
zwani.com myspace graphic comments